Gadis kelahiran Kelantan ini memang cukup prihatin tentang soal
kecantikan dan kesihatan. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa rahsia
wanita ini kekal cantik walaupun sibuk dengan perniagaan dan
pengacaraan. Ada masa ke untuk diri sendiri?
1. Banyak minum air masak
Saya amalkannya sejak 2009 dan waktu itu saya sedang berusaha untuk
turunkan berat badan. Bila tekak kita dah biasa dengan air kosong kita
rasa dah tak nak minum air lain, anda akan rasa bahawa air kosong itu
sangat refreshing.
2. Gunakan minyak argan untuk rambut sihat
Saya tidak mempunyai masa untuk ke salun. Saya menggunakan rawatan minyak argan agar akar rambut lembap dan sihat.
3. Penjagaan kulit & pengambilan supplement sangat penting
Saya menggunakan banyak alat solek, jadi saya memastikan setiap kali
habis kerja, saya akan mencuci muka dengan cleansing oil dan saya juga
mengambil supplement.
4. Amalkan mandi ais untuk tulang & kulit
Saya amalkan rawatan mandi ais. Baldi berisi air dan ais yang sejuk,
kemudian saya akan mandi dari hujung kaki sehingga ke kepala. Rawatan
ini membantu menguatkan tulang dan kulit serta mengurangkan penyakit.
Kulit nampak berbeza selepas rawatan dan nampak segar walaupun tidak
mengenakan solekan.
5. Bersenam tiga hingga empat kali seminggu
Selain bersenam di gim, saya suka bermain badminton, berenang dan kick
boxing. Saya akan melakukan semua senaman ini sekurang-kurangnya tiga
atau empat kali seminggu.
0 Response to "WANITA WAJIB BACA!!! 5 Rahsia Kecantikan Neelofa Kini Terbongkar - KLIK SINI"
Post a Comment