teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

Wanita Dari Perak Mati Ketika Berurut Di Singapura

SEORANG wanita yang berasal dari Perak, Serene Lim Xinhui, 26, dilaporkan mati selepas menjalani sesi rawatan tradisional Cina, Tuina di Singapura, baru-baru ini.
Menurut laporan portal Asia One, Serene yang menetap dan bekerja di sana pergi mengunjungi pusat rawatan Qing Kang yang terletak di pusat membeli belah Midpoint Orchard pada jam 7.30 malam, 14 Februari lalu.
Ketika mendapatkan khidmat urutan Tuina, badannya tiba-tiba mengigil seperti diserang sawan dan kemudiannya mangsa dilaporkan koma.
Tukang urut kemudiannya terus menghubungi pihak paramedik untuk mendapatkan bantuan.
Mangsa disahkan mati di Hospital Tan Tock Seng pada jam 8.47 malam.
Mayat mangsa telah dituntut keluarga sehari selepas kematiannya dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan bagi menyiasat punca sebenar kematian wanita muda itu.
Ini merupakan kali pertama mangsa mendapatkan khidmat urutan di situ selepas menggunakan diskaun yang diperolehinya menerusi laman web Groupon. MYNEWSHUB.

Related Posts:

0 Response to "Wanita Dari Perak Mati Ketika Berurut Di Singapura"

Post a Comment