teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

Nora Tepis Khabar Angin Tempah Baju Kahwin...

PELAKON cantik jelita Nora Danish menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih Nedim Nazri Aziz, dalam masa terdekat.
71415673253_freesize
Menurut Nora, dia kini sibuk dengan bidang perniagaannya dan fokus terhadap karier seninya. Selain itu, Nora turut menepis dakwaan bahawa dia telah menempah baju kahwin.


Mana ada saya tempah baju kahwin. Semua ituspekulasi dan saya belum ada perancangan untuk berkahwindalam masa terdekat.
Kalau betul nak kahwin, pasti saya akan umumkan kepada pihak media dan peminat. Rasanya saya tidak akanberahsia dalam soal begini.
Jelasnya kepada portal Astro Gempak ketika menjadi juri dalam Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016).
Tambahnya lagi, dia sudah tidak ambil peduli dan lali dengan berita seumpama itu di media sosial.
Saya sebenarnya penat nak menjawab soalan yang sama.Jangan cepat percaya jika tersebarnya cerita saya bakal berkahwin sebab saya sendiri akan beritahu peminat.
Saya jugaseorang yang aktif di Instagram. Jika benar saya mahu berkahwin, sebulan sebelum majlis berlangsung saya akan umumkan di media sosial. Saya akan muat naik foto-foto persiapan perkahwinan untuk dikongsi bersama peminat, ujarnya.
Nora juga memberitahu bahawa dia tidak merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, cukuplah sekadar akad nikah sahaja. Dia juga memaklumkan seandainya beliau ingin menamatkan zaman bujang nya, dia pasti akan mengumumkan kepada semua.

Related Posts:

0 Response to "Nora Tepis Khabar Angin Tempah Baju Kahwin..."

Post a Comment