teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

Bianco Mimosa Lancar Koleksi Pengantin Bridal Couture 2016

Pemilik dan pereka senior Bianco Mimosa, Dato' Ida Suraya Mustapha di samping model yang memperagakan koleksi Bridal Couture 2016 yang dilancarkan hari ini

BERITA baik buat bakal raja sehari, jenama pereka yang kian popular di negara ini – Bianco Mimosa kini tampil dengan koleksi sulung berkonsep busana pengantin.

Bertemakan ‘Fantasi’, koleksi Bridal Couture 2016 digarap sepenuhnya daripada idea dan kreativiti pemilik serta pereka senior Bianco Mimosa, Dato’ Ida Suraya Mustapha.

Koleksi yang mengambil masa selama 6 bulan untuk siap sepenuhnya ini akan diperkenalkan buat kali pertama menerusi satu acara pertunjukan fesyen hujung bulan ini.

Menurut Dato’ Ida, inspirasi bagi koleksi berkenaan diperoleh susulan minatnya meneroka seni fesyen negara luar yang dilawatinya ketika pergi bercuti.

Apa yang diamati itu kemudian diterap dengan elemen alam semula jadi termasuk pada perincian busana. Impaknya, rekaan yang terhasil bagai eksperimentasi keindahan bumi Cappadocia di Turki dan pesona menara Eifel yang menjadi ikon bumi Perancis.

Bridal Couture 2016 Bianco Mimosa menghimpunkan 25 rekaan adibusana couture dan demi couture yang terdiri daripada 4 busana pengantin lelaki dan selebihnya busana pengantin wanita.

IMG_2145

Setiap busana menampilkan rekaan segar dan berkelas, selain memiliki elemen dramatik baik pada perincian manik mahupun sulaman, yang merupakan signatur jenama ini.

Perincian dan fabrik yang banyak digunakan terdiri daripada chiffon, silk, dutchess, organza silk dan satin silk yang diimport dari luar negara bagi menjaga kualiti dan menjamin keselesaan pemakainya.

IMG_2146

Teknik ‘pleating’, sulaman tangan dan mesin serta manipulasi fabrik turut diaplikasi bagi memberi impak seni ke atas setiap rekaan.

IMG_2143

Apa yang menarik Dato’ Ida turut memberi peluang kepada pelajar jurusan fesyen, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Rembau, Negeri Sembilan untuk terlibat sama dalam pembikinan koleksinya kali ini bagi memberi pendedahan sekaligus mengasah kreativiti dan menyuntik semangat agar lepasan kursus ini kelak, berusaha memajukan dunia fesyen tempatan hingga ke tahap antarabangsa satu hari nanti.

Dalam pada itu, Bianco Mimosa turut mengadakan satu peraduan sempena penganjuran malam pertunjukan fesyen Bianco Mimosa Bridal Couture 2016.

Pelbagai habuan menarik disediakan termasuk hadiah utama yang terdiri daripada sepasang busana eksklusif bernilai RM5,000 selain 2 telefon pintar IPhone 6, 2 Samsung Note 5 serta 20 baucer eksklusif Bianco Mimosa bernilai RM200 setiap satu.

Untuk menyertai peraduan dan memenangi hadiah-hadiah menarik ini, peserta hanya perlu menjadi pengikut laman Instagram Mybiancomimosa dan ikuti langkah-langkah yang dilampirkan.  – MYNEWSHUB.CC

Related Posts:

0 Response to "Bianco Mimosa Lancar Koleksi Pengantin Bridal Couture 2016"

Post a Comment