Bakal bernikah dengan seorang lelaki yang muda 10 tahun darinya, Yatt
Hamzah, 36, pernah menafikan punca perceraian dengan bekas suami, Abdul
Mutalib ialah orang ketiga yang menjalinkan hubungan dengannya.
Bagaimanapun, bekas suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 36, tampil kepada Berita Harian Onlinemenyatakan sebaliknya:
Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai orang ketiga dalam
khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya.
Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka.
Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan
kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat.
Cukuplah komen saya mengenai hal ini.
Abdul Mutalib menambah yang dia tidak terkejut dengan berita
perkahwinan Yatt dengan Mohammad Zulfadhli yang merupakan seorang
jurugambar.
Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dan terima berita itu
dengan hati terbuka. Saya berdoa segala-gala dirancang berjalan lancar
dan jodoh baharu Yatt kekal.
Saya juga berharap Yatt hormat, jujur dan taat kepada suami baharunya
dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania
Malikka.
Pasangan ini bernikah pada tahun 2009 dan bercerai tahun lepas.
Yatt dijangka bernikah dengan Mohammad Zulfadhli pada jam 8 pagi di
sebuah masjid di Shah Alam pada 27 Februari ini. Dia juga khabarnya
tidak akan melangsungkan majlis persandingan, hanya menganjurkan jamuan
makan sempena hari jadi Suci Hanania yang genap enam tahun pada hari
sama.
teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Bekas Suami Tidak Nafi Bakal Suami Yatt Hamzah Ialah Orang Ketiga"
Post a Comment