teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

Pelakon Zizan Nin Akui Dah Bercerai Sebulan Lalu


PELAKON Zizan Nin, 42, mengakui sudah bercerai dengan isterinya, pembaca berita NTV7 Fazilah Hani Harun sejak sebulan lalu.

Menurutnya, penceraian itu berlaku kerana tiada persefahaman di antara kedua-duanya.
Walau bagaimanapun, pelakon filem Tanda Putera itu belum bersedia untuk memberikan sebarang komen lanjut berhubung isu tersebut.
Saya belum bersedia untuk komen lebih lanjut. Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan berilah ruang untuk saya berdepan dengan semua ini, katanya, memetik laporan Harian Metro.
Enggan memanjangkan cerita, Zizan berkata dia bukanlah hendak mengelak daripada pihak media mengetahui perkembangan terkini mengenai status rumah tangganya itu.
Saya bukan lari daripada media, cuma dalam kes ini saya tidak boleh komen lebih-lebih. Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita. Perkara sudah jadi. Saya reda dengan ketentuan Allah SWT. Siapalah kita ingin melawan takdir, katanya lagi. MYNEWSHUB.CC

Related Posts:

0 Response to "Pelakon Zizan Nin Akui Dah Bercerai Sebulan Lalu"

Post a Comment