Malam semalam, konsert separuh akhir (minggu ke 12) program realiti
Rockers Pentas Panas telah pun melabuhkan tirainya. Amboi, penuh
berbunga ayat Abang Nara. Kesemua 6 peserta telah menunjukkan
persembahan yang cukup memberangsangkan semalam, namun oleh kerana
pentas akhir hanya muat untuk 5 orang, salah seorang daripada mereka
terpaksa disingkirkan. Ternyata tuah tidak berpihak kepada Sue apabila
namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Hanya
tinggal setapak sahaja lagi untuk ke pentas akhir, namun gadis
kelahiran Perak ini tidak menganggap kegagalan ini sebagai penamat buat
dirinya untuk bergelar anak seni. Semangat yang macam ini Abang Nara
mahukan. Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Lagipun
selama ini ramai peserta program realiti yang lebih popular dan berjaya
walaupun tak bergelar juara. Siapa tahu rezeki Sue akan lebih mencurah
bak air terjun selepas tersingkir daripada program Rockers Pentas Panas
ini?

Sedikit petikan kata-kata Sue selepas dirinya tersingkir untuk tatapan para peminatnya:-
Sue sebenarnya dah sampai minggu semi final pun dah cukup bersyukur dah. Sue tak pernah anggap ini satu kegagalan.
Sue
percaya pada rezeki dan insyaAllah lepas ni Sue akan bangkit dan kejar
cita-cita Sue. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
ataupun tidak. Sue sangat menghargainya.
Diharap Sue tidak menangis berlebihan sebaliknya menganggap
penyingkiran ini sebagai satu rahmat. Abang Nara yakin Sue telah banyak
belajar sepanjang berada di dalam Rockers Pentas Panas. Gunakan segala
ilmu tersebut untuk terus mencipta nama di dalam industri muzik tanah
air. Tuah ayam nampak di kaki, tuah Sue mungkin di suara serak-serak
basahnya. Mana tahu satu hari nanti Sue boleh menggantikan Ratu Rock
Malaysia, Ella. Kan?

Apa
pun, Ahad ini (21 Februari) adalah konsert akhir Rockers Sensasi. 5
orang peserta iaitu Nona, Awal, Dans, Zarith dan Liawanis akan berentap
untuk merebut gelaran juara, sekaligus membawa pulang hadiah yang cukup
lumayan. Fuh!!! Abang Nara pula yang berdebar-debar. Calon feveret Abang
Nara sudah tentu si ratu air mata, Zarith Sofia. Walaupun selalu
menangis, suara si Zarith nie memang padu beb. Harap-harap Zarith boleh
menang.

Good
luck and all the best buat semua finalist Rockers Sensasi. Kalau anda
terlepas menonton konsert separuh akhir Ahad lalu atau nak menonton
jurnal Rockers Pentas Panas, jangan lupa untuk muatturun applikasi
HyppEverywhere di telefon Android atau iPhone anda. Boleh tengok
mana-mana episod yang anda terlepas dalam tempoh masa 7 hari. Sekali
lagi diingatkan, konsert akhir Rockers Pentas Panas akan berlangsung
pada jam 8.30 malam di HyppTV saluran 116 (Hypp SensasiHD). Maklumat
lanjut layari www.tm.com.my/hypptv. Selamat menonton!!!
Related Posts:
0 Response to "Sue Tersingkir Di Separuh Akhir Siapa Bakal Dinobatkan Sebagai Juara Rockers Pentas Panas"
Post a Comment