teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

Video Bangla Dibelasah Cuba Rogol Budak Di Kafe Siber

Lelaki Bangladesh yang kini didakwa atas tuduhan rogol ini didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah ketika ditahan.

VIDEOmemaparkan seorang lelaki Bangladesh dibelasah tanpa belas kasihan hingga bermandi darah kini tersebar di media sosial.

Rakaman dipercayai dibuat orang awam yang berada di tempat kejadian di mana lelaki Bangladesh tersebut ditangkap dan dipukul selepas didapati mencabul kehormatan dan cuba merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dalam tandas sebuah kafe siber, Rabu lalu.
Menurut laporan akhbar tempatan, mangsa dirogol selepas ditarik suspek masuk ke dalam tandas semasa berada di kafe siber di Taman Sri Rampai, Wangsa Maju sekitar jam 10.30 malam.
Mangsa yang ke kafe siber berkenaan bersama bapanya dikatakan dipaksa diamsebelum dicabul dan dirogol. Kejadian hanya disedari selepas bapa mangsa menyedari ketiadaannya dan mencari di dalam tandas dan mendapati suspek sedang cuba merogol mangsa.
Susulan itu bapa mangsa dan orang awam yang berang bertindak membelasah lelaki Bangladesh terbabit sebelum sepasukan anggota polis dari Balai Wangsa Maju ke lokasi kejadian dan menahan suspek.
Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Related Posts:

0 Response to "Video Bangla Dibelasah Cuba Rogol Budak Di Kafe Siber"

Post a Comment