teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

2 Maut Termasuk Wanita Hamil 8 bulan Di Lebuhraya Plus

Kemalangan berlaku di KM 279 Lebuhraya Plus Arah Utara kira-kira jam 4.40 pagi tadi.
NILAI Seorang wanita hamil 8 bulan antara dua yang maut dalam kemalangan di KM 279 Lebuhraya Plus Arah Utara kira-kira jam 4.40 pagi tadi.
Dalam kemalangan itu juga, seramai enam penumpang lain mengalami cedera parah, apabila kereta Toyota Wish yang dinaiki mereka, terbabas sebelum melanggar tiang lampu di sebelah kiri jalan.
Kedua-dua mangsa, Suzan Safarina Rosli,30, dan Nadiah Hidayayul Syima,28, meninggal dunia semasa menerima rawatan di HTJS, akibat cedera parah di kepala.
Manakala salah seorang daripada mereka yang cedera itu, berada dalam keadaan kritikal.
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Zaldin kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan.

Related Posts:

0 Response to "2 Maut Termasuk Wanita Hamil 8 bulan Di Lebuhraya Plus"

Post a Comment