Malah, dek minat terhadap senaman berkenaan, bintang Nana Tanjung ini
terbang ke Jogjakarta, Indonesia, selama seminggu bermula 7 Februari
lalu. Beliau ke sana bukan sekadar untuk bercuti, sebaliknya turut
menimba ilmu yoga bersama pengamal senaman berkenaan di sana.
"Teman saya itu kini sudah menjadi pelatih yoga. Dia memang antara orang
yang memberikan saya semangat dan motivasi untuk mendalami yoga dengan
lebih mendalam lagi.
"Badannya makin cantik dan nampak sihat selepas mengamalkannya, selain
banyak memberikan sisi positif untuk dicontohi. Ia juga antara alasan
untuk saya mendalami yoga kerana ia bukan saja dapat menyerlahkan
kecantikan luaran, bahkan dalaman juga.
"Selain itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga semangat saya
untuk melakukan aktiviti kecergasan dan senaman membuak-buak. Jadi, saya
mahu serius menjaga kesihatan dan badan. Dulu saya asyik memberi
pelbagai alasan, sekarang tidak lagi," kata Ainul kepada BH Online.
Kata wanita berasal dari ibu kota ini, kesempatan ke Jogjakarta juga
memberikan ruang untuknya meredakan tekanan selain mencari angin
baharu.
"Sebelum ke sana lagi saya sudah mula membuat penyelidikan mengenai
tempat belajar yoga yang menarik. Sebelum itu, saya sudah mula belajar
yoga di sini.
"Saya percaya ilmu ini sangat luas, jadi kita kena berusaha jika mahu
mempelbagaikannya, termasuk beryoga. Saya juga berpeluang bertemu kawan
baharu di sana," katanya yang turut menjalankan perniagaan menjual
biskut.
Mengenai perkembangan seni, Ainul yang mula berlakon pada usia 21 tahun terus bersemangat dalam dunia terbabit.
Biarpun pernah memperlahankan seketika lakonan selama beberapa tahun
kerana memberi tumpuan kepada perniagaan, Ainul kini enggan lagi menoleh
ke belakang dan berazam untuk aktif semula di bidang seni.
0 Response to "Masih ingat Ainul Aishah yang pernah dikecam kerana berbikini, jangan terkejut tengok 3 foto aksi mengghairahkannya ketika lakukan yoga hingga terlihat sesuatu aneh yang tidak sepatutnya "
Post a Comment