teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

Artis Ni Rupanya!! Sangat Memalukan! Inilah wajah sebenar pelakon popular yang pengotor dan tak bayar sewa rumah selama 6 bulan

Seorang tuan rumah kecewa dengan perangai seorang artis kerana tidak membayar sewa dan keadaan rumah yang amat teruk.

"Alasan bayaran lakonannya 'sangkut' tidak masuk akal kerana setiap minggu saya melihat lakonannya di televisyen," ujar seorang wanita yg berang berikutan enggan membayar sewa rumah sejak enam bulan lalu.

Tuan rumah hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, mendakwa pelakon jelita berusia dalam lingkungan 20-an kerap membintangi drama tempatan namun tidak membayar sewa rumah.

Rumah sewa itu terletak di Ukay Perdana, Hulu Klang, dan sewa yang tertunggak sejak Mei berjumlah RM6000.

Menurutnya, pelakon wanita itu mula menyewa rumahnya sejak Mac tahun ini namun sewa bulanan yang mula tertunggak sejak Mei lalu.

Lebih mengecewakan apabila rumah pangsapuri itu bagaikan 'tongkang pecah' apabila semua barangan milik pelakon itu berselerak di semua sudut rumah dan najis kucing merata-rata.
Ini komennya:

"Lebih menyedihkan, dia turut membiarkan lima kucing peliharaan miliknya terkurung di dalam rumah dan tandas. Najis haiwan itu berselerak di merata tempat di dalam rumah. Keadaan ini amat menjijikkan,"

Dia mendakwa ada menghubungi pelakon itu namun gadis itu memberi alasan duit bayaran lakonannya belum dibayar oleh pihak pengurusan produksi drama.

Menurutnya, pelakon berkenaan turut gagal melunaskan wang penyelenggaraan pangsapuri RM1570 & pengurusan pangsapuri juga sudah mengeluarkan notis tunggakan untuk pemotongan bekalan air.

Ini tambahnya lagi:

"Saya mohon jada baik pelakon itu menghubungi saya segera supaya perkara ini dapat diselesaikan. saya sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati. Saya buntu memikirkan apa yg perlu dilakukan terhadap barangan di tinggalkan termasuk kucing peliharaannya,"

Identiti pelakon ini buat masa sekarang masih lagi di rahsiakan.

Related Posts:

0 Response to "Artis Ni Rupanya!! Sangat Memalukan! Inilah wajah sebenar pelakon popular yang pengotor dan tak bayar sewa rumah selama 6 bulan "

Post a Comment