Dikecam Teruk Pakai Turban Ini Respon Syatilla Melvin
Majlis perkahwinan Shaheizy Sam dan juga Syatilla Melvin berlangsung dengan meriah sekali. Namun masih tidak dapat lari dengan mulut dari orang ramai untuk mengkritik mereka berdua.
Selain majlis yang dikatakan indah khabar dari rupa, busana perkahwinan yang dipakai Tilla ketika majlis bertunang dan resepsi di Pulau Pinang hangat diperkatakan di laman sosial.
Selain itu, netizen juga mengecam pemakaian turban oleh Syatilla Melvin dan dikatakan hanya menurut permintaan dari penaja.
Ini komen Syatilla Melvin:
Orang kita memang suka mencari kekurangan orang lain. Saya tahu perkara sebegitu pasti jadi buah mulut namun saya tidak ambil pusing.
Paling penting, saya bersyukur kerana dapat menjamu lebih 10,000 tetamu. Cakaplah apa saja mengenai busana perkahwinan saya, yang penting saya puas hati dengan rekaannya,
Ini pula komen Sam:
Ramai salah anggap apabila bercakap soal penajaan. Hakikatnya tajaan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit tetapi ada juga barangan.
Bercakap soal busana perkahwinan, apa yang boleh saya katakan tidak semua orang sempurna. Ini majlis kami, jadi kami tahu apa kami pakai,
0 Response to "Dikecam Teruk Pakai Turban Ini Respon Syatilla Melvin"
Post a Comment