teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

TAHNIAHTya Adnan Isteri Shukri Yahya Kini Hamil 3 Bulan


Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan buat Shukri Yahya dan Tya Adnan atas berita gembira ini. Tya Adnan telah pun disahkan hamil 3 bulan. Untuk makluman, Shukri dan Tya telah sah bergelar suami isteri pada 20 November 2015. Dijangkakan cahaya mata sulung pasangan sama cantik sama padan ini akan dilahirkan pada penghujung Ogos tahun ini.
Teringat pula memori ketika isteri Abang Nara disahkan hamil anak pertama. Excited tak ingat. Hehehe. Pastinya perasaan itu sedang dialami oleh Shukri Yahya dan Tya. Paling penting di awal-awal kehamilan ini kena banyak berhati-hati. Kata Shukri:-
Saya bersyukur dan ini rezeki kami. Kami memang tidak pernah merancang dan bersedia untuk menimang anak bila-bila masa saja.
Saya memang teruja dan sangat gembira. Kami juga sudah membuat persiapan untuk menyambut kelahirannya nanti.
Mulai sekarang saya yang banyak buat kerja rumah. Memandangkan dia masih alah pada bau, jadi saya tidak mahu dia kerja kuat. Saya juga tidak membenarkannya bergerak banyak.

Semoga segalanya berjalan lancar buat Shukri Yahya dan Tya Adnan. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.

Related Posts:

0 Response to "TAHNIAHTya Adnan Isteri Shukri Yahya Kini Hamil 3 Bulan"

Post a Comment