teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

Selepas Sukan Dan Hiburan Qu Puteh Masuk Sekolah Pula


TEMA warna merah jambu yang sering digunakan oleh Dato Seri Dr. Hajah Vida bagi mengiklankan produk Qu Puteh sememangnya berjaya mencuri perhatian jutaan rakyat walaupun ada diantara segelintirnya melahirkan rasa meluat.

Namun konsep warna pink ini ternyata berhasil dalam mengangkat jenama Qu Puteh, lihatlah di mana-mana sahaja, tidak kira dilaman sosial atau di warung kedai kopi, semua orang sibuk bercakap mengenai Qu Puteh sambil membuat gaya tangan di wajah mereka. Memang menjadi ilham marketing daripada Dr. Vida ini.
Anda juga pasti masih mengenang-ngenangkan tagline Qu Puteh yang dilakukan secara agresif ketika di Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) pada tahun lapas, tidak cukup dari itu, inisiatif pink daripadanya juga telah menceburi di dalam bidang sukan apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah menerima Vida Beauty Sdn Bhd sebagai penaja mereka untuk pertandingan musim ini.
Dengan persetujuan tersebut, maka Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu akan dicat warna merah jambu dan pasukan Kelantan yang dikenali sebagai The Red Warriors telah dijenamakan sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
Terbaru, jutawan kosmetik itu juga dikatakan akan menerapkan strategi marketingnya ke dalam sesi perkolahan pula.
Menerusi satu surat jemputan sempena majlis Masyuarat AgungPersatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kamil 1, Pasir Puteh, Dato Vida dijadualkan sebagai ahli jemputan khas bagi merasmikan penutupan majlis tersebut

Di mana beliau telah mensyaratkan pemakaian baju berwarna pink buat golongan ibu bapa yang menghadiri majlis PIBG berkenaan.
Isi kandungan surat tersebut juga menyebut mengenai tawaran promosi hebat yang dijalankan oleh Qu Puteh di mana pihak sekolah telah menjemput seberapa ramai kenalan hadirin untuk menghadiri majlis mesyuarat PIBG demi memeriahkan promosi.
Inikah yang dinamakan masyuarat PIBG? Bukankah fungsi sebenar PIBG itu adalah sebagai program bersama ibu bapa pelajar demi mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah?
Sehubungan dengan perkara itu, Kesatuan Perkhidmatan Pengurusan Kebangsaan (NUTP) meminta Datuk Seri Dr. Vida supaya tidak menggangu proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah tesebut.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, sekolah merupakan tempat untuk belajar menimba ilmu dan tidak seharusnya digunakan untuk mempromosikan produk keluaran syarikat jutawan itu.
Saya mengharapkan agar guru besar sekolah itu tidak melebihi batas dengan menjalankan promosi barangan sewaktu aktiviti pembelanjaran diadakan kerana saya khuatir menggnagu konsentrasi pelajar, katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Related Posts:

0 Response to "Selepas Sukan Dan Hiburan Qu Puteh Masuk Sekolah Pula"

Post a Comment