Yatt Hamzah akhirnya tampil menafikan dakwaan bekas suaminya, bahawa
lelaki yang bakal dinikahinya nanti adalah orang ketiga. Tuduhan ini
seperti mengatakan Yatt Hamzah curang.
Selain itu, tambah Yatt, bekas suaminya. Abdul Mutalib, mempunyai hak
untuk berkata apa saja dan Yatt sendiri tidak mahu ambil peduli
mengenai apa yang keluar daripada mulut bekas suaminya itu.
Ini komennya:
Ingin saya ingin tegaskan satu perkara yang menjadi bahan bualan
orang ramai sejak gosip perkahwinan saya dihebohkan. Saya dan bakal
suami sebenarnya sudah kenal lama sebagai rakan kerja memandangkan dia
pernah bertugas sebagai juruvideo untuk perniagaan baju muslimah yang
saya usahakan
Tetapi, hubungan kami mula menjadi rapat selepas saya memfailkan
perceraian kali kedua di mahkamah tahun lalu. Jadi, rasanya tidak perlu
mengaitkan dia sebagai orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah
tangga saya
Demi Allah, dia tiada kena mengena dengan perkara tersebut. Biarlah
saya dan Tuhan sahaja yang tahu mengenai perkara itu dan jangan babitkan
orang lain ke dalam hal yang sudah pun berlalu
Apa yang saya lakukan ini adalah perkara baik iaitu mendirikan
masjid. Kerja jodoh, ajal dan maut semuanya kerja Tuhan dan siapalah
kita sebagai manusia untuk menolak ketentuan Ilahi,
Apa sahaja yang keluar dari mulut dan hati dia, saya tidak mahu ambil
peduli. Biarlah saya tidak menjawab perkara itu sebab khuatir ia akan
berlarutan menjadi besar. Fokus saya sekarang hanyalah untuk majlis
pernikahan nanti. Saya pun ada menjemput bekas suami ke majlis, tapi
terpulang kepada dia untuk hadir atau tidak,
teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Ini Jawapan Balas Yatt Hamzah Kepada Tuduhan Bekas Suami"
Post a Comment