Seremban: Encik…emak dan ayah saya dah lama meninggal sebab
kemalangan. Itulah antara helah seorang lelaki yang sanggup berbohong
bagi mengelak ibu bapanya mengetahui dia ditahan kerana berkhalwat dalam
Op Hari Kekasih di sebuah hotel bajet, di Senawang, malam kelmarin.
Lelaki berusia 21 tahun dan berasal dari Batang Berjuntai, Selangor,
itu ditahan bersama pasangannya berusia 20 tahun dari Rawang, ketika
menginap di hotel berkenaan sekitar jam 2.30 pagi.
Bagaimanapun, helah lelaki terbabit terbongkar apabila anggota
penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)
membuat pemeriksaan sebelum menemui nombor ibu bapanya disimpan dalam
telefon bimbit.
Anggota terbabit kemudian menghubungi nombor berkenaan sebelum bapa kepada lelaki terbabit menjawab panggilan itu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS Amran
Awaluddin berkata, selepas pemeriksaan, kami menemui nama daddy dan
lelaki berkenaan menyatakan itu nombor lama arwah bapanya.
Sebaik penipuannya terbongkar, lelaki itu kemudian memohon maaf
kepada anggota kami kerana berbohong, katanya ketika dihubungi semalam.
Amran berkata, lelaki terbabit antara empat pasangan ditahan pihaknya
dalam operasi bermula jam 12.30 tengah malam hingga 4 pagi itu.
Dalam operasi disertai 27 anggota, kami turut menahan seorang lelaki
berusia 46 tahun dan pasangannya berusia 42 tahun yang masing-masing
sudah mendirikan rumah tangga.
Wanita itu ditemui dalam keadaan berbogel dan hanya menutup tubuhnya
menggunakan selimut manakala lelaki berkenaan sudah lengkap berpakaian.
Pada mulanya mereka mendakwa mempunyai ikatan sah, namun disebabkan
gagal mengemukakan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri,
kami menahan mereka, katanya.
Katanya, mereka dibawa ke pejabat penguatkuasaan JHEAINS untuk
diambil keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah
Syariah Negeri Sembilan 1992.
Mereka boleh dikenakan didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Justeru, kami akan terus menjalankan op cegah maksiat secara berkala
bagi membendung dan mencegah maksiat di negeri ini, katanya.
teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''
Home » Uncategories » Bertuah Punya Anak Kerana Nak Sedap Tipu Cakap Emak Ayah Dah Lama Meninggal Dunia Sebab Kemalangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Bertuah Punya Anak Kerana Nak Sedap Tipu Cakap Emak Ayah Dah Lama Meninggal Dunia Sebab Kemalangan"
Post a Comment