Dah Kahwin Tapi Perangai Zaman Bujang Ada Lagi
Lautan api sanggup aku renangi demimu wahai kekasih hati. Masa bercinta semuanya indah-indah belaka. Yang terkurang sana-sini pun sanggup dimaafkan. Ungkapan cinta setiap hari dilafazkan. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur pun tak lena kerana rindu akan si jantung hati.
Namun, setelah melangkah ke alam baru, iaitu alam berumah tangga, tiada lagi ungkapan-ungkapan manis, kekurangan yang sedikit diperbesar-besarkan. Sedarlah wahai insan yang bernama lelaki dan wanita bahawa perkahwinan itu datang dengan satu tanggungjawab yang besar, baik untuk si suami atau yang bergelar isteri.
Alam rumah tangga tidak sama sewaktu alam bercinta, cabaran dan dugaan yang datang juga berbeza-beza. Seandainya terdapat salah faham diantara suami dan isteri, cubalah untuk menyelesaikan secara baik dan harmoni.
Dugaan dan cabaran yang hadir merupakan asam garam dalam rumah tangga yang akan menambah dan merancakkan lagi keharmonian perkahwinan. Disamping untuk mendidik masing-masing untuk menjadi yang terbaik.
Ikuti luahan seorang wanita yang juga isteri melalui laman Facebooknya, merasakan suaminya tidak berlaku adil terhadap dirinya kerana lebih mementingkan kawan-kawan.
Ramai dalam kalangan wanita bersetuju dengan pendapat dan luahannya, kenyataan yang dikeluarkan hampir mendapat 1 ribu perkongsian. Rata-ratanya adalah kaum hawa.
Walau apa pun, baik di pihak lelaki mahupun wanita, tanggungjawab seharusnya dipikul bersama. Jangan biar ada pihak yang merasa tersinggung dek perbuatan kita itu. Kerana masalah yang timbul walau sekecil zarah sekali pun, seandainya tidak ditangani dengan baik dan bijaksana akan membawa kepada keburukkan seperti perceraian.
Sesungguhnya, Allah tidak suka akan perceraian. Ia diibaratkan seperti meruntuhkan masjid yang telah dibina.
Nasihat Mynewshubuntuk kaum adam, jagalah hati isteri anda kerana apa yang diluahkan itu ada benarnya. Fikir-fikirkan. -MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Dah Kahwin Tapi Perangai Zaman Bujang Ada Lagi"
Post a Comment