Ramai yang meluahkan rasa kurang senang apabila bekas suami Yatt
Hamzah memaklumkan yang bakal suami bekas isterinya itu adalah orang
ketiga yang menjadi punca perpisahan mereka. Iyerlah, imej Yatt Hamzah
yang begitu muslimah sekali dipersoalkan. Sekiranya apa yang didakwa
oleh bekas suami Yatt itu adalah benar, maka ia bermaksud Yatt telah
bermain kayu tiga semasa perkahwinan mereka. Sesuatu yang tentunya tidak
boleh diterima oleh masyarakat umum.
Enggan lagi dipersalahkan dalam keruntuhan rumah tangganya yang
terdahulu, Yatt Hamzah tampil menafikan dakwaan bekas suaminya itu.
Menurut Yatt, dia dan bakal suaminya itu memang sudah lama berkenalan
namun hanya menjadi rapat selepas Yatt memfailkan penceraian buat kali
kedua. Terang Yatt Hamzah:-
Ingin saya ingin tegaskan satu perkara yang menjadi bahan bualan
orang ramai sejak gosip perkahwinan saya dihebohkan. Saya dan bakal
suami sebenarnya sudah kenal lama sebagai rakan kerja memandangkan dia
pernah bertugas sebagai juruvideo untuk perniagaan baju muslimah yang
saya usahakan. Tetapi, hubungan kami mula menjadi rapat selepas saya
memfailkan perceraian kali kedua di mahkamah tahun lalu.
Jadi, rasanya tidak perlu mengaitkan dia sebagai orang ketiga yang
menjadi punca keretakan rumah tangga saya. Demi Allah, dia tiada kena
mengena dengan perkara tersebut. Biarlah saya dan Tuhan sahaja yang tahu
mengenai perkara itu dan jangan babitkan orang lain ke dalam hal yang
sudah pun berlalu. Apa yang saya lakukan ini adalah perkara baik iaitu
mendirikan masjid. Kerja jodoh, ajal dan maut semuanya kerja Tuhan dan
siapalah kita sebagai manusia untuk menolak ketentuan Ilahi.
Itu hak dia (bekas suami) untuk berkata apa sahaja. Sebab saya bukan
lagi isteri dia dan hanyalah ibu kepada anak kami berdua, itu sahaja.
Apa sahaja yang keluar dari mulut dan hati dia, saya tidak mahu ambil
peduli. Biarlah saya tidak menjawab perkara itu sebab khuatir ia akan
berlarutan menjadi besar.
Fokus saya sekarang hanyalah untuk majlis pernikahan nanti. Saya pun
ada menjemput bekas suami ke majlis, tapi terpulang kepada dia untuk
hadir atau tidak. Saya tiada tujuan lain menjemputnya hadir melainkan
menganggap dia sahabat baik dan bapa kepada anak kami. Dalam masa sama,
saya mendoakan yang baik-baik untuk bekas suami sebab dia sememangnya
seorang ayah dan suami yang baik.
Perkara yang lepas usahlah dikenang. Semoga perkahwinan kedua Yatt
ini akan bertahan buat selama-lamanya. Untuk makluman, bakal suami Yatt
berusia 10 tahun lebih muda berbanding Yatt. Namun kematangannya telah
memikat hati Yatt untuk kembali bergelar isteri. Kita sama-sama doakan
yang terbaik. Amin. Sumber Kosmo.
teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Yatt Hamzah Nafi Bakal Suami Adalah Orang Ketiga Dalam Perkahwinan Terdahulu"
Post a Comment