Adira Tak Ambil Pusing Tomahan Yang Dilemparkan
ADIRA AF pernah menyatakan kehidupannya selepas bergelar isteri lebih indah, walaubagaimanapun dia sedia maklum bahawa dia menjadi bahan hinaan sesetengah pihak di media sosial kerana memegang status isteri kedua.
Hidup saya kini lebih tenang berbanding dulu, Alhamdulillah. Mempunyai suami dan anak tiri adalah satu perkara yang terindah. Kehadiran mereka melengkapkan hidup saya.
Di luar sana masih yang melemparkan pelbagai hinaan kerana status saya tetapi itu terserah kepada mereka kerana saya tidak ambil pusing segala cacian yang diberikan itu
Semua itu mengganggu keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga kami, jadi saya pilih untuk tidak mengambil tahu sama sekali segala yang diperkatakan. Saya mahu jalani kehidupan yang tenang.
Adira berkata keputusannya untuk berkahwin bukan untuk kemewahan semata-mata seperti tuduhan yang dilemparkan kepadanya naum dia menganggapnya sebagai jodoh yang sudah ditetapkan.
0 Response to "Adira Tak Ambil Pusing Tomahan Yang Dilemparkan"
Post a Comment