Video Pekerja Dibelasah Sampai Nazak Sebab Short Duit
Video memaparkan seorang lelaki membelasah mangsa dipercayai pekerjanya hingga nazak yang kini tersebar di media sosial. VIDEO seorang lelaki dipukul dengan kejam hingga kehilangan suara kini beredar di laman sosial. Mangsa dikatakan seorang warga Indonesia yang bekerja di sebuah kedai judi dan dipukul majikannyaapabila wang yang dikira selepas tempoh kerjanya berakhir didapati kurang. Kebanyakan komen mengecam perbuatan kejam lelaki yang bertindak memukul mangsa seteruk itu dan meminta PDRM mengambil tindakan mengenalpasti suspekdan mengheretnya ke muka pengadilan namun tidak dapat dipastikan sama ada kejadian benar-benar berlaku di Malaysia. Walau apa pun alasannya dan tak kira di mana ianya berlaku,manusia yang memukul itu memang tak punya peri kemanusiaan memandangkan mangsa yang menjadi bahan sasarannya tidak berdaya langsung untuk melawan. BACA:Video: Bangla Dibelasah, Cuba Rogol Budak Di Kafe Siber Pada masa sama, perbuatan memukul pesalah oleh orang awam hingga kadang-kadang kehilangan nyawa adalah sesuatu yang tidak patut kerana saluran undang-undang diwujudkan untuk mengelak manusia sesuka hati menghukum orang lain ikut pertimbangansendiri
0 Response to "Video Pekerja Dibelasah Sampai Nazak Sebab Short Duit"
Post a Comment