teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

......Rozita Che Wan Ditahan Imigresen Sebab Tak Bayar Cukai......


TERBARU, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mendedahkan yang dia pernah ditahan dari bercuti ke luar negara bersama keluarganya oleh pihak imigresen kerana didapati mempunyai bayaran tunggakan cukai pendapatan pada tahun 2014.
Sampai di kaunter, saya kena tahan sebab nama saya disenarai hitamkan. Saya tak dibenarkan untuk ke luar negara sebab tak menjelaskan cukai pendapatan. Itu memang silap saya sendiri katanya kepada sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Che Ta bersama suami dan anaknya
Tidak mahu perkara yang sama berulang lagi, Che Ta segera melantik seorang peguam peribadi untuk menguruskan semua urusan berkaitan cukai. Termasuk cukai pendapatan peribadi dan juga cukai perniagaan yang dijalankan olehnya.
Sekarang ni, semua urusan pembayaran cukai diuruskan dengan teratur dan baik sekali, jadi saya tak perlu risau kejadian yang sama berulang lagi. Saya jadi cukup lega. Mana tak nya, kalau tak saya akan keras dalam negara sahaja, tak boleh berjalan lagi.

Related Posts:

0 Response to "......Rozita Che Wan Ditahan Imigresen Sebab Tak Bayar Cukai......"

Post a Comment