TERSENTUH hati kami apabila membaca kisah seorang anak yang
sudah dua bulan tidak bersekolah bagi menguruskan ibunya yang sakit di
hospital.
Apa yang lebih menyedihkan, remaja berusia 13 tahun itu sebenarnya
merupakan anak yatim piatu yang dijaga oleh ibunya itu sejak bayi lagi.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Khairul Nizam Abd Ghani,
Dia bersama beberapa ahli persatuanParti Sosialis Malaysia baru-baru ini
melawat ke hospital Tanah Merah, Kelantan bagi melihat sendiri keadaan
seorang adik yang setia menjaga ibunya yang uzur di hospital.
Ziarah kami mendapati seorang ibu 48 tahun yang uzur kerana
sakit kencing manis. Setia di sisinya, ialah seorang kanak-kanak lelaki
berusia 13 tahun.
Rohani Binti Mahmood, 48, beberapa bulan yang lalu telah dimasukan ke hospital Tanah Merah akibat menghidapi kencing manis.
Perkara ini membuatkan adik tersebut yang bersekolah di Sekolah
Tahfiz Serendah, Pasir Mas, Kelantan nekad berhenti belajar dan terus
menamani ibunya yang terlantar keseorangan di Hospital Tanah Merah.
Dia bersamabeberapa kakitangan hospital, setiap hari akan menguruskan tandas si dan memandikan ibunya.
Kepada anda yang ingin menghulurkan bantuan kepada ibu dan adik
berkenaan, boleh menghubungi pihak hospital Tanah Kelantan bagi
pengesahan maklumat atau terus menyalurkan sumbangan ke nombor akaun
03054020349067, Bank Islam Puan Rohani Binti Mahmood.
Kisah pengorbanan adik ini mendapat pujian daripada netizen di media
sosial, mudah-mudahan ibunya itu cepat sempuh agar pelajar terbabit
dapat kembali bersekolah semula.-
teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "2 Bulan Tak Pergi Sekolah Demi Jaga Ibu Di Hospital"
Post a Comment