Siti Nurhaliza Suami Hadir Majlis Pelancaran Buku Najib
Kehadiran Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Dato Seri Khalid Mohamad Jiwa di majlis pelancaran buku Najib semalam, mencuri tumpuan ramai.
SEMALAM, telah berlangsung majlis pelancaranbuku Najib Razak Berjiwa Besar, Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976 kini) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Dirasmikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, majlis dihadiripemimpindari segenap akar umbiselainPerdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Selain itu, kehadiran artis-artis terkenal memeriahkan lagi majlis ini. Antaranya Scha Alyahya yang turut bertindak selaku sebegai pengacara majlis, Awal Ashaari, Nazim Othman, Azhar Sulaiman, Fauziah Gous dan Wak Doyok.
Artis dari negara jiran, Hetty Koes Endang turuttampil membuat persembahan.
Bagaimanapun, kehadiran penyanyi nombor satu negara Dato Siti Nurhaliza bersama suami Dato Seri Khalid Mohd Jiwa paling mencuri tumpuan ramai.
Ini kerana Siti sebelum ini dilihat ramai lebih condong ke arahTun Mahathir yang diketahui ramai, kini menjadi penentang Perdana Menteri.
Justeru apabila Siti memilih untuk hadir ke majlis pelancaran buku Najib semalam sementara pada harisama Tun M mengumumkan keluar dari pasti UMNO, ia bagai meneutralkankembali pegangan politik Siti yangmungkin disalah sangka banyak pihak selama ini.
Apa pun, undi adalah rahsia.
Bagaimanapun kehadiran Siti dan ramai artis tanah air semalam secara tak langsung membuktikan bahawa kebanyakan anak seni tempatan masih menyokong pentadbiran negara pada hari ini. MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Siti Nurhaliza Suami Hadir Majlis Pelancaran Buku Najib"
Post a Comment