Erra Fazira Doa Ditemukan Jodoh Yang Baik | Selebriti serba boleh, Erra Fazira mengharapkan dirimnya dipertemukan dengan seorang lelaki yang ikhlas mahu menjaga ketika sudah tua suatu hari nanti.
“Jodoh ini perkara yang subjektif, kita tidak tahu siapa jodoh kita. Biarlah berserah kepada yang Maha Esa untuk menentukan siapa bakal suami saya nanti.
“Ketika ini saya tidak terfikir lagi untuk mencari suami dan sekiranya ada, biarlah orang tersebut benar-benar mampu menjaga saya dan semestinya dia adalah lelaki yang baik.
“Kalau hanya sekadar berlandaskan perasaan suka semata-mata, maka saya berdoa kepada Allah agar dijauhkan daripada jodoh yang tidak tepat, dan tentulah mengharapkan jodoh yang baik dariNya,” katanya.
0 Response to "Erra Fazira Doa Ditemukan Jodoh Yang Baik"
Post a Comment