teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

Tonton Dan Download Aku Bukan Bimbo Full Episode

Tonton Dan Download Aku Bukan Bimbo Full Episode | Drama yang diadaptasi daripada novel berjudul Aku bukan Bimbo dibintangi oleh beberapa pelakon hebat tanah air antaranya Shaheizy Sam, Nadiya Nisaa, Zahiril Adzim, Afifah Nasir, Bell Ngasri, Shakilla Khoriri, Ardella Aryana, Falisha Crossley, Amai Kamarudin, Riezman Khuzaimi, Ardella Aryana, Falisha Crossley, Dottie, Dian P Ramlee dan ramai lagi. Drama ini telah diarahkan oleh pengarah terkenal masakini iaitu Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.
Aku Bukan Bimbo mengisahkan tentang seorang gadis iaitu Elsuraya yang hanya menantikan seorang lelaki. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Namun, lelaki itu yang membuatkan nyawa keluarganya diragut dengan amat kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ya ke?
“Astalavista loozzer! With double o and double z.”
Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.
Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.
Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.
Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.
Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.
“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.
“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” – Puan Rosanna.
Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat supaya tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.
Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.
“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth… that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.
Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.
“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”
Ingin tahu apa yang terjadi seterusnya? Apa kata korang Tonton Dan Download Aku Bukan Bimbo Full Episode yang disediakan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.

Related Posts:

0 Response to "Tonton Dan Download Aku Bukan Bimbo Full Episode"

Post a Comment