teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

Pelajar 14 Tahun Dirogol 3 Kali Dalam Tempoh 15 Minit Oleh Lelaki Sama Dalam Tandas Sekolah

Pelajar 14 Tahun Dirogol 3 Kali Dalam Tempoh 15 Minit Oleh Lelaki Sama Dalam Tandas Sekolah

1

Pelajar 14 Tahun Dirogol 3 Kali Dalam Tempoh 15 Minit Oleh Lelaki Sama Dalam Tandas Sekolah | Seorang pelajar tingkatan dua bertindak nekad dengan membuat laporan polis apabila mendakwa dirinya telah dirogol oleh seorang pelajar lelaki yang lebih tua darinya di dalam tandas sebuah sekolah di Gemenceh.
Pelajar berkenaan membuat laporan di Balai Polis Gemenceh pada Selasa lalu dengan berkata dia dirogol tiga kali pada bulan lepas.
Mangsa bertindak membuat laporan polis lantaran tidak tahan dengan ugutan pelajar lelaki itu yang memjadikan dirinya sebagai pemuas nafsu.
Ketika kejadian, pelajar itu berada di kantin sekolah sekitar pukul 8.30 malam. Pelajar terbabit yang duduk di asrama sekolah menerima pesanan WhatsApp dari suspek yang mengajaknya berjumpa.
“Suspek merupakan pelajar berusia 17 tahun dan bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini mengugut mangsa sekiranya enggan bertemu dengannya, mangsa akan menerima balasan buruk.
“Mangsa yang ketakutan terpaksa berjumpa dengan suspek di tandas lelaki dan dirogol suspek sebanyak tiga kali pada malam berkenaan antara jam 8.45 malam hingga 9 malam,” katanya.
Selepas kejadian, suspek mengugut mangsa supaya tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian. Mangsa yang takut terpaksa akur dengan permintaan suspek namun suspek bertindak biadap apabila merogol mangsa berulang kali pada Mei dan Jun lalu.
“Mangsa yang pada mulanya takut dan malu akhirnya nekad membuat laporan polis susulan daripada kes rogol itu kerana tidak mahu terus-menerus diugut,” tambahnya lagi.

Related Posts:

0 Response to "Pelajar 14 Tahun Dirogol 3 Kali Dalam Tempoh 15 Minit Oleh Lelaki Sama Dalam Tandas Sekolah"

Post a Comment