Sabtu lepas telah berlangsungnya
majlis resepsi gilang-gemilang pasangan sama cantik sama padan iaitu
Anzalna Nasir dan Hanif Zaki di Hotel Grand Hyatt.
Apa yang pasti, ramai yang ternanti-nanti untuk melihat penampilan atau busana yang disarung oleh ratu sehari.
Ternyata, Anzalna cukup cantik bak bidadari dan mencuri perhatian ramai dengan gaun yang diiinspirasikan daripada Barbie Mariposa hasil rekaan Cosry.
Lebih menarik, gaun perkahwinan Anzalna merupakan hand painted oleh dua individu dan dipenuhi dengan manik berkilau Swarovski.
Designer terpaksa berulang-alik ke luar negara untuk memastikan gaun tersebut tampak sempurna dan memenuhi kehendak Anzalna.
Memang cukup sempurna gaun tersebut, sehinggakan Anzalna sendiri meluahkan rasa terharu kepada mereka yang terlibat.
0 Response to "`Gaun Anzalna Nasir Jadi Perhatian Di Media Sosial"
Post a Comment