Bila sebut je
majlis perkahwinan, setiap tahun tema akan berubah-ubah. Si pengantin
dah mula merasakan debaran. Maklumlah, sekali seumur hidup.
Pasti pengantin inginkan majlis yang
indah dan momen tersebut akan sentiasa diingati. Jom kita lihat 6 tema
perkahwinan trending yang menjadi pilihan pengantin tahun 2016.
1. Tren songket jadi pilihan
Songket menjadi pakaian pengantin pada
zaman dahulu. Kalau ikutkan nak beli kain songket dulu mahal kerana cara
pembuatannya. Kini, konsep songket modern traditional menjadi pilihan pengantin.
2. Inai putih
Kalau sebelum ini inai merah pasti akan menghiasai tangan ratu sehari. Di zaman moden sekarang warna putih tampak lebih anggun.
3. Khemah Marquee
Kalau sebelum ni orang buat kenduri
pakai khemah terbuka boleh keluar masuk. Sekarang ni tren khemah marquee
jadi pilihan. Lebih elegen dan ada yang menyediakan aircond sekali. Tak la panas!
4. Pelamin warna terang
Selalunya warna lembut seperti putih atau pastel
menjadi pilihan. Tapi, sekarang ni macam-macam warna dah orang pilih.
Lagi best bila pilih warna terang, dari jauh boleh nampak.
5. Hiasan majlis penuh bunga & berjurai-jurai
Kalau sebelum ni, tema majlis
perkahwinan simple tapi cantik. Sekarang ni, masuk-masuk je dah ada
pintu gerbang, dalam pulak penuh hiasan bunga dan banyak la benda
gantung-gantung.
6. Tema Bollywood
Tahun ini tema Bollywood jadi trending
dan tarian lagu Hindustan dah jadi satu kemestian dalam majlis
perkahwinan. Dulu mana ada menari-menari ni.
0 Response to "6 Tema Perkahwinan Trending Jadi Pilihan Tahun 2016!"
Post a Comment