Seorang wanita berusia 50-an cemas apabila cucu lelakinya berusia lingkungan setahun terperangkap hampir setengah sejam di dalam kereta yang berkunci.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, mangsa dikatakan terperangkap di kawasan tempat letak kereta Klinik Kesihatan Shah Alam, Seksyen 7, di sini.
Salah seorang saksi, Liza Ibrahim, 60, berkata, wanita itu meletakkan cucunya di dalam kereta serta sudah menghidupkan enjin serta penghawa dingin kenderaan.
Namun pintu kereta itu terkunci secara mendadak ketika dia keluar sebentar dari kenderaan itu.
“Kejadian itu menyebabkan wanita itu cemas dan meminta bantuan daripada orang ramai yang sedang menikmati sarapan di warung berhampiran.
0 Response to "night news"
Post a Comment