teratas 10 wanita tercantik di malaysia
''

Berita-My (update)

TAK RAMAI YANG PERASAN!! GAMBAR PENGEBUMIAN AYAH PIN INI TERAKAM IMEJ YANG PELIK!! ANDA ZOOM 5X DAN SAKSIKAN SENDIRI!! BERDIRI BULU ROMA!!


Jika anda zoom pada bulatan pada gambar tersebut membuatkan anda berdiri bulu roma!! nampak kelihatan seperti kain putih yang berkibar-kibar..

Namun, admin juga tidak dapat pastikan apakah ia..terpulang pada pembaca untuk menilainya..

Apapun, kita sedekahkan al fatihah pada arwah ayah pin moga beliau di tempatkan bersama orang yang beriman..

Baca artikel dibawah :

Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, jam 8.30 malam tadi. 

Isteri ketiganya, Jaharah Awang, 56, berkata suaminya meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam tadi kerana sakit tua. 

Beliau berkata, suaminya itu didapati tidak sihat terutama sejak kembali semula ke Kampung Batu 13 selepas melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa pada 2005. "Arwah mempunyai banyak penyakit dan sejak akhir-akhir ini kesihatannya sering terganggu," katanya. Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan menerima laporan mengenai kematian Arifin melalui Balai Polis Pasir Akar, Hulu Besut hari ini. 

Sementara itu, jenazah Ayah Pin dikebumikan jam 8 pagi ini di tanah perkuburan berhampiran rumahnya di perkampungan berkenaan. Ayah Pin, adalah pengasas kepada "Kerajaan Langit" yang dan disenaraikan pihak berkuasa agama dalam kumpulan agama sesat yang berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama, manakala pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu berkenaan. 

Semasa mengetuai kerajaan langit, Arifin dipercayai berjaya mengumpulkan lebih 150 pengikut. Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu mengeluarkan fatwa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997. 

Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.

Related Posts:

0 Response to "Berita-My (update)"

Post a Comment