Sejak krisis antara Menteri Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman, yang ditarik semua darjah kebesaran dan gelaran yang dikurniakan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin, ramai yang tertanya-tanya akan puncanya. Ada juga yang mengeluarkan spekulasi tidak benar.
Ahmad Razif pula tidak mahu mengulas isu ini, dan hanya mengeluarkan kenyataan ‘reda dan pasrah dengan apa yang berlaku’.
Ramai orang tertanya adakah ini benar ataupun hanya serangan pro-paganda daripada bekas MB lalu Ahmad Said.
Bagaimanapun, menurut sumber ‘Orang Dalam‘ bahawa murka sultan bermula pada 21 April 2016 lalu dalam Majlis Pengurniaan Bantuan Tabungan SSPN-i kepada Pelajar-Pelajar Miskin Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Mengikut sumber tersebut, teks ucapan yang dibacakan oleh MB Terengganu dalam Majlis Kurniaan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan pada Jumaat lalu, dikatakan memperkecilkan pemberian YDSM berbanding sumbangan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Itulah yang menjadi punca sebenar bermulanya krisis MB dengan Sultan Terengganu.
Seramai 500 pelajar miskin di negeri ini menerima bantuan sebanyak RM100 seorang daripada Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) melalui pembukaan akaun atau penambahan deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
Ahmad Razif berucap dalam majlis bersama Sultan tersebut terdapat fakta dan figura di dalam ucapan tersebut adalah tidak benar serta tidak menepati fakta sehingga perkara tersebut menyingung perasaan sultan.
Fakta Mengenai Gelaran Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman
Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.
Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.
Ini bermakna hanya Sultan sahaja yang berhak atau mempunyai kuasa untuk lucutkan atau menarik balik gelaran pangkat “Dato Seri”
0 Response to "Nara busytra"
Post a Comment